November 24, 2013

USUL-USUL YANG DIBENTANGKAN, DILULUSKAN DGN SEBULAT SUARA....

Kesemua  usul pindaan Perlembagaan Parti KeADILan Rakyat yang dibentangkan dalam Kongres Nasional Khas 2013 perhimpunan hari ini diluluskan sebulat suara.

Pengundian dijalankan secara angkat tangan. 


Usul-usul tersebut ialah:

Fasal 5.8.        Menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Fasal 5.14.        Mengiktiraf martabat dan  peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara

Fasal 21.7      Tiga (3) orang Naib Presiden yang dilantik mestilah sekurang-kurangnya satu daripada mereka adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Fasal 24.3     Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah dan Sarawak juga akan secara langsungnya menjadi ahli Biro Politik. Maka kelangsungan keputusan dan hal ehwal di negeri Sabah dan Sarawak akan terus didengari oleh pimpinan tertinggi parti.


No comments: