August 26, 2013

DOA WANITA LEBIH MAQBUL DARI LELAKI

DOA WANITA LEBIH MAQBUL DAI LELAKI


Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

August 24, 2013

SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI MULIA, MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA


POLIGAMI, MY WAY ~ DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)

Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :

a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

August 17, 2013

BERDOA UTK KESELAMATAN SAHABAT DAN ISLAM DI MESIR ~~

KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini meratapi kematian mangsa.

Agensi berita al-Jazeera melaporkan di Masjid al-Iman di Nasr City, beratus-ratus jenazah mangsa keganasan dalam kejadian di Masjid Rabaa al-Adawiya masih ditempatkan di khemah sementara.

Jenazah-jenazah yang dibalut dengan kain kapan dan disejukkan dengan ketulan ais, kebanyakannya mempunyai luka tembakan namun sejumlah daripadanya melecur teruk, sehingga sukar dikenal pasti oleh ahli keluarga.

August 05, 2013

~ANAK MUDA WANITA BANDAR TASIK PUTERI SUMBANG KPD ANAK YATIM DAMAI KUANG

Kelab Anak Muda- Wanita Bandar Tasik Puteri (KAMU-BTP) telah menganjurkan satu program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan di bawah Program BANTU ANAK YATIM RAYA LAGI kepada anak-anak yatim di Komplek Damai, Asrama Anak Yatim Damai, Kuang pada Sabtu 4 Ogos 2013 bermula jam 11.00 pagi di sini, hari ini. Ianya merupakan salah satu program kebajikan bersama dengan pejabat Yb William Leong, Ahli parlimen Selayang, NGO INSAF, Persatuan Peniaga-Penjaja BTP, Ahli Majlis MPS Puan Salasiah Disa dan sukarelawan-sukatelawan masyarakat di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
 
Program ini dihadiri oleh Wakil YB William Leong, Puan Salasiah Disa, serta Pengarah Program Bantu Anak Yatim Raya Lagi, ShaifulAnuar Sulaiman. Sumbangan berupa barang makanan, Baju raya baru dan lama, wang tunai diserahkan kepada Ustaz Suhaimi Dzajuli, Pengasas Kompek Damai ini yang di diami kira-kira 100 orang anak-anak yatim dan asnaf yang berumur antara 1 tahun sehingga 17 tahun.

Mengenai Rumah Anak Yatim Damai Kuang pula, ianya telah ditubuhkan pada 1989. Rumah ini beroperasi di Lot Lorong Teratai, Kuang, Selangor. Penubuhan rumah kebajikan ini dibuat atas dasar tanggungjawab sosial untuk melihat generasi yang lahir dari kalangan anak-anak yatim dan asnaf ini akan lebih terbina sahsiah serta keperibadian dan mempunyai asas pendidikan yang kukuh. Rumah kebajikan ini diusahakan dan diuruskan oleh Tuan Haji Suhaimi Dzajuli dan beberapa orang tenaga sokongan serta sukarelawan.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-angota KELAB ANAK MUDA WANITA BTP (KAMU) dengan anak-anak yatim di sini di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada anak-anak yatim di sini dan mereka akan merasa dihargai dan diingati apabila adanya program lawatan sebegini.
Bagi pihak Rumah Anak Yatim Damai ini pula, sebagai sebuah organisasi yang bergerak secara sukarela, pengurusan Rumah ini mempunyai keterbatasan untuk mengatur kegiatan menjana kewangan. Namun, keperluan untuk menggiatkan aktiviti kepada penghuni harus dilaksanakan secara berterusan. Justeru itu, keprihatinan masyarakat, institusi dan organisasi korporat amatlah diharapkan untuk membantu ke arah mereaslisasikan harapan ini. 

Pengarah Program, Shaiful Anuar Sulaiman berharap program sebegini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.



August 02, 2013

MACAMANE NAK BAWAK 7 AHLI KELUARGA KE DALAM KERETA KANCIL ....

Satu keluarga yg berasal dari Kuala Berang Trengganu nak balik beraya di kpg, tapi cuma ada sebuah kereta Kancil utk 7 org ahli keluarga. Maka si ibu pun berkata.
 
Ibu: Guane nih....penuh kete. Dok muak ayoh mung wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sappa kapong.
Ibu: 7 oghang dok leh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh.
~~Mereka pun memerah otak memikirkan mcm mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit utk tujuh orang. Tiba-tiba anak mereka yg bongsu berkata...

Anak: Abah, Umi...Awang tau doh guane nok buak. Kite skrng ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi, baru jadik 'LAPANG' ...!!!