July 31, 2013

Malam lailatulqadar .... kubah mesjid diatas tanah...

"Lepas ni ikut ayah pergi masjid " kata ayah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak yang cuma mengangguk ... Maksudnya emak mahu aku ikut ayah solat subuh ke masjid, jangan melawan ... Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku membonceng di belakang, kami tidak pakai helmet cuma berkopiah ...
Tetiba, dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah, bukan di bumbung masjid, pergghh ajaib ...!!!
tapi ayah wat selamber jer, seolah tak nampak akan keganjilan itu ... Aku cuit bahu ayah dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah, mungkin kubah itu tengah sujud fikir ku...
" Kenapa ? " tanya ayah.
" Lailatulqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
'' MashaaALLAH !!! ... dah berapa lama engkau tak ke masjid ??? "... ishhkk, tak pasal2 aku kena marah, abiss rosak pengalaman suci aku ini ...
" Dorang tengah renovate masjid la, bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorang angkat letak kat tanah.. !! , " sambung ayah menyekolahkan aku ...
mulut aku melompong , terlupa nak tutup ... adehhhh !!!

No comments: