May 03, 2013

TENGKU ADNAN MENGAKU FLIGHT MAS UNTUK ANGKUT PENGUNDI DAN DI BIAYAI OLEH RAKAN2 BN

Tiga hari lepas, Anwar mendakwa mempunyai bukti BN menyewa 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Malaysia Timur. Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

SPR menafikan wujudnya penerbangan sedemikian. MAS menyatakan semua penerbangan adalah “chartered commercial flights.” Pejabat PM menyatakan mereka tidak terlibat.

Hari ini pula, Setiausaha Agung BN DS Tengku Adnan mengakui wujudnya penerbangan sedemikian, tetapi untuk mengangkut pengundi berdaftar Malaysia yang penerbangannya dibiayai oleh "rakan-rakan BN."

No comments: