April 20, 2013

TINDAKAN MEMBAYAR 5 JUTA JIKA MENARIK DIRI ATAU MELOMPAT PARTI ~ PKR



JOHOR BAHRU - Dalam apa yang dilihat sebagai serangan terlebih dahulu, PKR mewajibkan calonnya pada pilihan raya umum ke-13 untuk membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka belot selepas menerima watikah calon untuk bertanding sama ada bagi kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
   
Parti itu turut menghendaki calon menandatangani ikrar dengan berjanji untuk tidak belot daripada parti sebaik sahaja mereka menerima watikah calon atau selepas dipilih menjadi wakil rakyat.
   
"Selepas menerima watikah calon, jika ada calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti, mereka perlu membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti," kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.
   
Bercakap kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah calon di pejabat parti di Bandar Baru Uda di sini hari ini, beliau berkata mereka yang gagal membayar ganti rugi itu akan diheret ke mahkamah.
   
Beliau menegaskan tiada ruang untuk calon berpaling tadah sebaik sahaja menerima watikah calon.

Tindakan drastik itu diambil setelah ramai wakil rakyat daripada PKR berpaling tadah selepas pilihan raya umum ke-12.
   

No comments: