September 29, 2012

BAJET ~ GIMIK POLITIK PILIHANRAYA BN ~ ANWAR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN).


Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi cuba memberi gimik politik bagi memenangi hati rakyat.

"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang cuba dimainkan oleh BN.

"Saya yakin rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang rakyat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyindir Najib kerana tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.

"Masalah besar negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,

"Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang perlu dititikberatkan," tegasnya.

Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat kerana rakyat negara ini mampu berfikir secara waras bagi menilai sesuatu.

September 23, 2012

SIAPA YANG MUNAFIK DAN HIPOKRIT ~ COCA COLA DIRESTUI NAJIB

Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.
Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.
Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar.
Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit.

September 19, 2012

AGAMA SENTIASA DIHATI SAYA ~ ABBY ABADI

HULU BERNAM - Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.

Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.
“Agama sentiasa ada dalam hati saya.
“Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.
Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Salam dan Ketua Pas Cawangan Berop, Daud Husain.
Turut hadir, Ketua Ulama Pas Kawasan Tanjung Malim, Baharuddin dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mejar B Kamal Badri.

September 17, 2012

Lanugan MERDEKA di Rumah Terbuka AidilFitri dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor

Majlis Sambutan Rumah Terbuka EidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu dari pelbagai bangsa dan warna kulit, hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor dan pemimpin masyarakat diantaranya Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Dato Ramachandran dan Datin, wakil-wakil dari pelbagai bangsa dan orang asal dan juga dari parti Barisan Nasional.

Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari beberapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.

Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.

Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.

Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.



Pemuda PAS ajak Pemuda UMNO bantah filem kontoversial

SHAH ALAM - Pemuda Pas mengajak sayap pemuda Umno dan seluruh umat Islam agar menyertai pihaknya dalam bantahan terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims di ibu negara, Jumaat ini.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, soal jemputan tidak timbul tetapi mahu semua menyertai bersama bagi menunjukkan keprihatinan dalam isu tersebut. Menurutnya, Pemuda Pas telah mengambil langkah awal berhubung isu tersebut dan kelmarin, wakil Pemuda Umno ada menghubunginya bagi membincangkan
perkara berkenaan

September 14, 2012

Rumah Terbuka Peringkat Parlimen Hulu Selangor ~16 Sept 2012 Ahad 5ptg - 10 mlm

MAJLIS RUMAH TERBUKA "HARIRAYA AIDILFITRI" @ SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PARLIMEN HULU SELANGOR ~ AHAD :16Hb Sept 2012~ Jam 5ptg--10mlm ~DATARAN TAMUHILL BATANG KALI 
(sebelah PASARAYA ECONSAVE)
@ANJURAN
PEJ PENYELARAS PARLIMEN H.SGR

September 02, 2012

TG UST HADI HJ AWANG ~ BERUBAH HINGGA KE PUTRA JAYA .............................

*(Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah)*


*BEAUFORT:* Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata

gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah

memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri

Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat

dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan

telus.