July 09, 2012

Selangorkini dan Wifi harus di perbanyakkan hingga ke pinggir bandar dan kampong.....

Wi Fi percuma sepatutnya dibekalkan di kawasan luarbandar yang dihuni kebanyakannya orang Melayu. Kaum ini amat kritikal terhadap PR dan sentiasa dipermain-mainkan oleh BN. Begitu juga edaran Selangorkini, lebih bertumpu di kawasan bandar dan sub bandar. Sepatutnya akhbar ini dilambakkan di kawasan kampung dengan tenaga pengedar tempatan yang dibayar elaun. Bukan diedar secara sukarela. Di kawasa Felda yang hampir tidak wujud ahli PR, ‘hantu’ manakah yang diharap akan mengedar akhbar Selangorkini secara sukarela?

No comments: