March 07, 2012

MAT SALAI BERI TAKLIMAT KEPADA IBU TUNGGAL DI RAWANG


Satu sesi taklimat keusahawanan wanita telah di adakan pada petang tadi di Gerai MPS,  Batu 16, Pekan Rawang bersama penganjur, AE Phoenix Resources dan NGO, Wanita Prihatin Selangor. 

Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd,  Maznah Muhamad berkata, program dengan kerjasama NGO seperti Wanita Prihatin Selangor itu dapat memberi peluang kepada golongan memerlukan melalui penglibatan Ibu-ibu tunggal untuk mengikuti kursus dan mendapatkan kios secara percuma.

Seramai 40 peserta dari golongan Ibu Tunggal telah menyertai sesi taklimat franshise tersebut.

“Mat Salai memberikan kios burger mudah pasang dan mudah alih bersama 50 bahan mentah termasuk peralatan berniaga bagi peserta yang dipanggil mentee untuk menjalankan perniagaan sebaik sahaja selesai kursus. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perniagaan terutama kepada belia dan Bumiputera,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memantau perjalanan setiap mentee selain menghantar laporan kepada kementerian setiap dua minggu berhubung kelancaran setiap perniagaan.

“Kita juga tidak teragak-agak menarik balik kemudahan yang diberikan sekiranya mendapati mentee tidak dapat menjalankan perniagaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya.

Maznah berkata, peserta OKU, ibu tunggal dan penduduk miskin antara yang terpilih.

Menurutnya, Mat Salai yang ditubuhkan sejak Disember 2007 mempunyai 1200 kios (mentee) termasuk di semenanjung, Sabah dan Sarawak.

No comments: