December 17, 2011

HIMPUN TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK ~ BEBAS LAKAR SEJARAH BARU !

Himpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang dianjurkan mahasiswa hari ini, 17.12.11 telah berjaya melakar satu sejarah baru kepada gerakan mahasiswa.
Laungan keramat seperti ‘Student Power!’, ‘Anak muda sudah bangkit!’, ‘Mahasiswa sudah bangkit!’, ‘Mansuh AUKU’, dan ‘Tukar Kerajaan!’ telah bergema sepanjang jalan di ibu kota bermula tengahari hari ini sehingga pukul 4 petang.
Menurut sumber, perarakan himpunan telah dimulakan sebaik sahaja selesai solat zohor di Masjid Jamek Kuala Lumpur diketuai Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang@Talib dan pemimpin gerakan mahasiswa lain.
Kehadiran hampir 1,000 mahasiswa dan anak muda serta beberapa wakil parti politik telah membuatkan warga kota hari ini terpegun dan sering kali membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan dengan aksi gempak-gempita anak muda menuntut kebebasan akademik.


Diberitakan YB Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat turut turun bersama mahasiswa dan anak muda berarak ke komplesk membeli-belah SOGO.

No comments: