November 15, 2011

BN AKAN BUAT APA SAJA UTK MEMBELI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ~ BERHATI- HATI LAH!

PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR)  keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya  Suhaimi Saari.
Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.
“Kita sudah siasat  rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program  itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,”katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.
“Program itu pada  mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.
Mengulas lanjut mengenai status jawatan  Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan  dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.
“Parti tidak pecat dia tetapi dia   (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti  dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan  PKR,”katanya
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.
“Dia dapat RM 4000. sebulan  dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor  kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli  yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.
Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam.

No comments: