November 15, 2011

Anak-anak Perak berkeringat di pertandingan boling ~Brem Park Mall Kepong

Jaringan Anak-Anak Perak di Perantauan atau singkatannya JAPP, tanggal Sabtu 12 November 2011, bertempat di Pusat Bowling Brem Park Mall, Kepong telah mengadakan pertandingan boling dengan 30 pasukan boling dari kalangan anak-anak kelahiran negeri Perak Ridzuan yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan telah bersaing bagi memenangi hadiah-hadiah yang disediakan. Selain adat pertandingan, ada yang kalah dan menang, apa yang lebih penting adalah jaringan dan ikatan ukhuwah sesama ahli JAPP selepas pertandingan.


Shaiful Anuar Sulaiman, Timbalan Presiden JAPP berharap aktiviti sihat dan hubungan siratulrahim dapat dieratkan dengan kegiatan JAPP di masa hadapan termasuklah mengadakan majlis makan malam, hari keluarga dan memberi sumbangan kpd ahli-ahli yang memerlukan. JAPP adalah sebuah NGO yang kini dalam proses pendaftaran dengan pihak berkuasa. Menurutnya lagi, keahlian adalah terbuka kepada mana-mana individu yang lahir di negeri Perak atau mempunyai suami, isteri atau saudara anak-anak Perak.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Madhi Hj Hassan memerangkap Naib Pengerusi PKR Negeri Perak dan Penasihat JAPP.

No comments: