October 11, 2011

DYMM SULTAN SELANGOR BERTITAH ~KES PEMERIKSAAN JAIS TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di Komplek Dream Centre dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor ini.
Walaubagaimanapun meski ada bukti Tuanku dalam kenyataan Baginda menyebut ia tidak cukup untuk membuat pendakwaan di mahkamah. Oleh itu atas nasihat pihak berkuasa Tuanku bersetuju agar tiada pendakwaan dikenakan ke atas mana-mana pihak.
Namun Baginda bertitah:
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Ini bermakna memang ada usaha memurtadkan dianjurkan dalam majlis berkenaan dan kehadiran 12 orang Muslim dalam majlis itu sangat mengecewakan. Tuanku turut menitahkan agar mereka ini diberikan kaunseling oleh JAIS demi memulihkan aqidah mereka.
Dan Tuanku turut memberi amaran agar sebarang tindakan yang telah atau akan dilakukan untuk memurtadkan umat Islam di Selangor dihetikan serta-merta.
Sesungguhnya telah lama kita Merdeka dan hidup bersama atas satu bumi dengan sikap hormat-menghormati dan saling faham-memahami antara rakyat berbeza kaum dan agama. Janganlah dirobek apalagi dicabar keharmonian yang telah dibina sekian lama oleh datuk nenek kita.
KOMEN ROSLAN SMS ~
Saya sendiri pada lewat tahun 60an menyertai sebuah tadika yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian dalam premis gereja di Kota Bharu (ketika itu tiada tadika di sana) dan bersekolah menengah di Kuala Lumpur dan kemudian di Kota Kinabalu di sekolah mubaligh Methodist dan La Salle. Dan saya percya ramai juga seperti saya.
Sepanjang pengaalaman itu tiada usaha untuk memesongkan aqidah saya dan rakan-rakan lain. Di Kota Kinabalu mungkin ada beberapa peristiwa yangs engaja melibatkan pelajar Islam tetapi telah ditegur.
Kesimpulannya biarlah kita terus berbaik-sangka dan mematuhi amalan dan perlembagaan yang sama-sama kita dukung. Selagor dan Malaysia perlu kekal aman dan sentosa dengan kehadiran rakyat berbilang kaum dan agama tanpa prejudis dan usaha memecah-belahkan kesatuan dan keteguhan itu. Selangor bukan seperti Kaherah yang sedang tegang lantaran isu sectarian. Biarlah kita kekal aman, insyallah~

MEDIA~sas

No comments: