December 10, 2010

Penuh dengan baju merah diatas komuter Klang ke KL... satu pengalaman indah

Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk kakakku di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan. Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Klang kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Bagaimana demo, dah habis?" satu pesanan ringkas tertera dalam hanphone aku. "Udah, baru sampai rumah ni" jawab aku kepada soalan sms dari kawan aku di Rawang.
Pengalaman pertama bagi kakak aku tu membuatkan aku tersenyum sendirian, apa tidaknya jika dibandingkan dengan aku yang sejak beberapa kali berdemo, tapi kali ini agak terkawal, mungkin disebabkan Menteri Besar sendiri yang menganjurkannya.
"Lain kali, kita standby baju lain, ini tidak, habis basah kena air asid tadi", ngeloh kakakku, aku sangka dia dah tidor mati tadi bila dah berdengkor...Hehe takpelah, kakak aku sorang ni memang letih sanat tu..
Setiba kami tghari Ahad tu, kami terus berjalan kaki ke Mesjid Negara menyertai ribuan orang yang berbaju merah, aku sudah dibekalkan oleh rakan aku berbangsa India dari Kota Raja, yang sentiasa awal dari aku bila tiba bab berdemo nie..Terimakaseh daun keladi kepada Mr A Kota Raja tu..
Selepas ucapan Menteri Besar dan Ckgu Bard, kami terus berarak....tapi  belum sempat berarak tetiba bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis pun tiba menjadikan adegan dan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis menjadi sebati.... Mereka "POLIS" yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang itu semakin ganas.
Aku menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA.
Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing. Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.
Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......
Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi. Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
Hari ini hari Ahad.Demo air SYABAS ni rasanya agak "mild" kerana sepatutnya, lebih ramai penduduk Selangor yang turun ke K.L untuk menyatakan tidak redhanya mereka dengan harga air yang bakal naik tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan , dimanakah pengguna air Selangor yang lain. Mungkin juga mereka tidak mengetahui mengenai isu air ini atau takut ditahan polis atau amat khuatir ditahan dibawah ISA....Terlalu banyak kemungkinan ketidakhadiran itu...
Walau apa pun, tahniah diucapkan pada semua yang telah menghadiri DEMo tersebut. Sebenarnya, penyampaian memo oleh MB pada YDP Agung bukanlah perkara utama.Perkara yang paling penting ialah rakyat memberi pesanan ringkas kepada kroni penguasa ISA @ penguasa UMNO/BN supaya lebih berperikemanusiaan dan perihatin dengan keperluan asas rakyat .Kenaikan barangan asas seperti gula, petrol,diesel amat berat untuk ditelan,dan pastinya kenaikan harga air bakal mengundang kesengsaraan yang lebih kepada orang ramai.
"Buat apalah susah-susah berdemo kerana air paip..." saya terdengar seseorang berkata demikian.
Mungkin rakyat negara ini terutama di Selangor, ramai yang hidup senang dan tidak kisah dengan kenaikan 37 peratus tersebut.....Namun, tidak salah untuk mengambil tahu,kenapa MB Selangor beria-ia benar untuk menyekat kenaikan tersebut.....
Jika bukan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, siapa lagi??? Fikir la sendiri...
Aku masuk ke dalam bilik dan terus tidur dengan mimpi air. FRU tu pakai air dari SYABAS ke tadi bila sembor kepada RAKYAT yang berDEMO untuk hak AIR mereka?

No comments: