November 10, 2010

BAIK BETUL UTUSAN NI LAPORKAN.... HAIRAN

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Selepas memberi kata dua kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mustaffa Kamil Ayub hari ini mendedahkan pula terdapat 162 aduan salah laku berkait penyelewengan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Mustaffa Kamil yang merupakan calon Timbalan Presiden PKR berkata, jumlah aduan sejak 28 Oktober lalu itu sudah cukup membuktikan bahawa JPP berat sebelah dan hanya ingin memastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon yang digemari pihak tertentu sahaja.
Sehubungan itu, beliau sekali mendesak Wan Azizah dan Pengerusi JPP, Dr. Molly Chia supaya bertindak segera membatalkan semua pemilihan yang sedang berlangsung dalam masa 48 jam atau bakal berdepan 'tindakan' yang lebih tegas daripada pihaknya.
Pada masa sama, Mustaffa Kamil memberitahu, satu memorandum bantahan juga akan dihantar kepada Wan Azizah dan Molly hari ini untuk melihat sejauh mana kesungguhan pucuk pimpinan PKR memberhentikan penyelewengan itu.
"JPP gagal mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil. Integriti jawatankuasa ini dipersoalkan kerana daripada 162 aduan yang diterima keseluruhannya berkisar kepada tindakan JPP yang berat sebelah, memihak, serta terlibat dalam penipuan undi.
"Presiden PKR dan JPP perlu mengisytihar pemilihan parti dibatalkan dalam masa 48 jam. Sekiranya tidak dilakukan kami akan mengambil langkah lebih tegas demi menegak keadilan," katanya pada sidang akhbar di kediaman bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
Semalam, Mustaffa Kamil mengancam untuk menarik diri daripada pemilihan bagi jawatan timbalan presiden jika kepimpinan parti tidak menyelesaikan segera isu proses pemilihan yang didakwa penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

No comments: