May 27, 2010

SIASAT NAJIB BAGI RASUAH KPD SAMY VELLU

I


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada difaraidkan untuk kepentingan Umno BN.
Ini ekoran pendedahan S Vell Paari, anak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran daripada Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dakwaan S Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu  bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.
Tambahnya, amalan itu adalah untuk menutup mulut di kalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang boleh menjejaskan kepentingan politik BN.
Perbuatan itu, katanya adalah satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman mereka.
“Saya mengajak rakyat menolak parti dan pemimpin Umno BN daripada menerajui dan menguruskan negara Malaysia demi untuk kepentingan rakyat semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.




No comments: