October 20, 2009

CCSB RAIKAN PELATIH KURSUS IT RAKYAT..SABTU 17 OKT..

SHAH ALAM, 18 Okt - Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) meraikan pelatih-pelatih kursus IT rakyat tajaannya dalam satu majlis Sambutan Raya Aildilfitri di Shah Alam, semalam.
Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di kalangan pelatih serta kakitangan CCSB yang terlibat dalam penerbitan berita penyiaran Tv Selangor di internet.
“Bagus kursus yang diberi kepada kami tu sebab daripada apa yang kerajaan negeri Selangor buat ni memang eloklah kerana daripada untuk kita yang mungkin tidak lagi dapat dalam bentuk IT, dengan adanya kursus yang dibuat ni kita terdedah kepada bagaimana nak menggunakan emel, blog, dan pendedahan tentang facebook, secara tak langsung kita dapat manfaat daripada apa yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada rakyat negeri Selangor ni”, jelas Johari Hussien dari Shah Alam.
“Saya merasakan inilah rasanya peluang terbaik yang telah diberikan kerajaan negeri Selangor pada ahli-ahlinya untuk mendedahkan pentingnya penyebaran maklumat melalui IT ini”, jelas Mohd Aftar Benchik dari Subang Jaya.
“Kursus ni sebenarnya bagus, sebab dia sebenarnya mencelikkan rakyat yang buta IT, yang tak ada asas langsung pun boleh belajar serba sedikit pasal IT”, kata Siti Zarina Mohamed dari Subang Jaya.
“Program IT Rakyat untuk mereka memahami tentang penulisan, bagaimana tentang ucapan awam, supaya mereka memahami tentang menggunakan media-media massa, dan juga mereka diberi peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang penting kepada kerajaan negeri”, kata Pengarah Program Latihan dan Pendidikan IT Rakyat, Khairul Anuar Othman.

No comments: