August 14, 2009

Selangor Keluar Pekeliling Beri Cuti Khas Kepada Pekerja Punya Simptom H1N1

SHAH ALAM, 14 Ogos - Wabak Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin mengganas di Negara ini dengan Selangor telah mencatat kematian seramai 14 orang daripada 584 kes yang disahkan positif virus itu sehingga semalam.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat pekeliling akan dikeluarkan kepada pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri untuk memberi cuti khas kepada pekerja yang mempunyai simptom-simptom H1N1.
“Siapa-siapa datang ke pejabat dengan demam kita akan terus hantar balik, walaupun tiada cuti, dah habis, itu tidak diambil kira, mereka di paksa duduk di rumah dan ini kita akan keluarkan satu pekeliling dari setiausaha kerajaan negeri Selangor kepada semua pejabat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk mereka ambil tindakan-tindakan demikian atas pekerja-pekerja di pejabat masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua pegawai kerajaan Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan, dan Pejabat Kesihatan daerah-daerah di Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
Menurut Xavier, dengan adanya perbincangan bersama ketua-ketua ini, segala maklumat berkaitan pencegahan wabak ini akan dapat disalurkan terus kepada rakyat.
Katanya lagi, kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri dan bahaya selesema babi turut penting bagi memastikan penularan wabak berkenaan tidak semakin kritikal.
Yang penting sekali dalam mesyuarat ini kepada DO, dan ketua-ketua jabatan ialah untuk sebarkan maklumat terperinci kepada penduduk-penduduk di kawasan ini melalui risalah, perjumpaan di semua peringkat dan inilah cara yang terbaik dimana boleh gunkan tenaga untuk kekurangkan infection in, separate of infection dalam kawasan,” katanya.
Disamping itu, kata Dr Xavier, penutupan sekolah-sekolah di Selangor yang disebabkan H1N1 tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran tetapi merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Selangor untuk dipertimbangkan.
Beliau turut menyarankan kepada ibu bapa supaya menyediakan jangka suhu di rumah bagi memeriksa suhu anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami demam dan memastikan suhu tidak melebihi 38 darjah celcius.
Setakat ini, sebanyak 35 buah sekolah di Selangor ditutup sejak penularan wabak ini dan dua sekolah lagi masih ditutup sehingga kini

No comments: