August 01, 2009

Mkini - Yb Sivarasah & Yb Mujahid Yusuf Rawa masih ditahan..



MKini - Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa ditahan polis bersama hampir 450 penentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam demonstrasi yang disertai 20,000 orang.
Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan.Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Himpunan MANSUH, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka belum mendapat maklumat lanjut, setakat ini.Penunjuk perasaan anti-ISA dipercayai dibawa ke beberapa balai polis tempat, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Jalil dan IPD Cheras.Sementara dua penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - penganjur perhimpunan hari ini yang dibuat bersempena ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta kontroversi itu - ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berarak ke Istana Negara mulai 2 petang. Dua anggota jawatankuasa GMI Norlaila Othman dan Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi. Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu ke IPD Cheras. Norlaila, ketika dalam tahanan, memberitahu Malaysiakini bahawa 18 tahanan wanita dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 7 petang.
Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai. Seramai 438 orang ditahan berkaitan perhimpunan anti-ISA antara 7 pagi hingga 6 petang ini, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.Semuanya kecuali tiga orang berbangsa Melayu, kata Muhamad Sabtu kepada Malaysiakini awal malam ini.Individu lain yang akan disiasat: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Kamarulzaman .

No comments: