July 06, 2009

PRK MANEK URAI: SATU LAWAN SATU

Pilihanraya Kecil N41 menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Pas dan Umno bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai.
Lebih 10,000 penyokong berarak mengiringi calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, sejauh 1.4 kilometer ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Yahya Petra. Mohd Fauzi, diapit Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memfailkan kertas penamaan pada 9.17 pagi.
Manakala kehadiran calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, disambut 2,000 penyokong dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Beliau memfailkan kertas penamaan pada 9.05 pagi.
PRK Manek Urai diadakan selepas kematian Adun Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Kawasan yang secara tradisinya kubu kuat Pas mempunyai 12,292 pengundi berdaftar, dimana 99.3 peratus adalah Melayu, 0.40 peratus Cina dan 0.20 peratus India.

No comments: