July 31, 2009

Majlis Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Bunga Raya,Bukit Beruntung..






Bertempat di DG 3 Apartment Kenanga,Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada 26 Julai (Ahad) yang lalu, pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat telah selamat dirasmikan oleh oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Abdul Wahid Basri merangkap Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor. Turut hadir Ketua Angkatan Muda PKR Cabang Hulu Selangor, Hamiruddin Pardi juga seorang Ahli Majlis Daerah yang baru dilantik, Ketua DPP Hulu Selangor, Sdr Nizam, dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat, Hj Mohd Zulkifli Dawam.
Premis Pusat Khidmat ini ditadbir oleh Gabungan NGO Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa di bawah PAKATAN RAKYAT.
Kehadiran perserta diangarkan seramai 250 Orang, turut dimeriahkan dengan majlis sumbangan kepada 100 keluarga berpendapatan rendah dan miskin yang disampaikan oleh YDP Pas, Hj Wahid. Semua sumbangan beras dan keperluan dapur adalah dari Kerajaan Negeri Selangor/Ahli Majlis Daerah dan NGOS yang menyertai program ini.
Pusat Khidmat ini adalah inisitif daripada PAS dan Gabungan Pakatan rakyat Taman Bunga Raya bagi menyediakan berbagai perkhidmatan kepada Rakyat setempat daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu Pusat Khidmat Masyarat DUN Batang Kali (PR) dan pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Hj Abdul Wahid Basri didalam ucapannya diantara lain menyatakan perkhidmatan Pendaftaran Usia Warga emas/TAWAS/PZS/Bantuan IPT/Bantuan Dana Peniaga Kecil /daftar Ibu tunggal /bantuan rakyat termiskin adalah diantara perkhidmatan yang disediakan di Pusat ini.
Jamuan petang ada disediakan selepas tamat majlis perasmian tersebut.
(Kiriman - Haji Mohd Zulkifli bin Dawam tel : 019-2735641,Pengurus Pusat Khidmat Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung)

No comments: