July 06, 2009

H1N1 : Hishamuddin Satu, Najib Satu - Cuba menyesatkan fikiran rakyat

Hishamuddin Satu :
Kekalutan yang melanda pakatan pembangkang sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat untuk menilai perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan seperti yang sering digambarkan sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang hanya pandai menuding juri kepada BN dalam sesuatu isu, tetapi apabila menguasai negeri-negeri tertentu barulah mereka rasa bukan mudah untuk memerintah.
Najib Satu:
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan beliau bukanlah kerajaan yang mengamalkan politik retorik tetapi kerajaan yang mengutamakan tindakan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mengamalkan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dengan menunaikan segala janji supaya taraf kehidupan rakyat negara ini menjadi lebih baik dan dihormati di peringkat antarabangsa .
Sejak bila H1N1 pandai menggunakan rakyat, ingat kepada rakyat, berkebajikan kepada rakyat, sesudah Pakatan Rakyat terbentuk, maka barulah ketuanan rakyat hendak di laungkan oleh Bee Ann (BN).. Dahulu di masa 50an, Pakatan Murni telah dibentuk untuk mempelajari cara pemerintahan Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.. BN tiru buat Perikatan.. Namun, bila sudah memerintah, nampak sangat tidak betulnya, ditukarkan kepada BN, pun nampknya tiada sokongan seperti dalam perubahan PRU12 yang lalu.. Mungkin BN patut tukar lagi ikatan yang tidak berpadu, Barisan Perpaduan.. Pakatan Rakyat adalah yang terbaik setakat ini, rakyat sudah memilih PR dan tidak mungkin BN dapat bertahan arus perubahan ini.. Cuma, pengalaman tidak perlu, ada setengah orang seperti H1 perlukan "hard learning experience" tetapi tidak Pakatan Rakyat, dikalangan pimpinan sudah "ever ready" untuk memimpin negara Malaysia ini.
@MediaRakyat/SAS

No comments: