June 15, 2009

HISHAMMUDDIN MENJAWAB DS ANWAR MENGAPA POLIS MENCEROBOH DUN PERAK !


Sidang Dewan Rakyat yang bermula pukul 10.00 pagi ini dijangka panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu kerakusan polis dalam Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu.Isu tersebut dimasukkan dalam soalan kedua pada persidangan Parlimen.Sebelum ini Datuk Seri Anwar telah meminta polis memberi alasan dan pengimbangan berkenaan tindakan mereka berdasarkan undang-undang samada wajar untuk polis menceroboh masuk DUN yang mulia dan mengheret keluar Speaker yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Hishamuddin Menjawab Soalan Kewajaran Polis Ceroboh Dun Perak

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin memberi jawapan bahawa tindakan polis masuk ke dalam Dewan dengan arahan daro Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Speaker yang sah.Dalam soalan tambahan, penanya soalan asal, DS.Anwar Ibrahim bertanya apa alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikannya.Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankannya, kononnya tindakan polis adalah permintaan dari Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kami kalau tidak berpuashati.Menjawab soalan tambahan dari tangga batu, Hishamuddin mengulangi sekali lagi supaya mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuashati.

No comments: