May 07, 2009

TERKINI Jam 10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar Dewan ikut ketetapan Speaker


Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan.
Saya ada senarai di sini.
2. Tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4.3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.
Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.
Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.
Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

No comments: