May 10, 2009

Selepas DUN Perak, Kecoh pula di Bdr Tasik Puteri, Rawang, angkara Polis, FRU !



Wan Jusoh dan Kak Nor menunjukkan permit yg dikeluarkan pihak polis


Sidang akhbar pada jam 5 petang di pejabat PKR Bdr Tasik Puteri,
dari kiri, Wan Jusoh, Dato'Mazlan, YB Yaakob Sapari, dan Sdr Zul



Program sambutan Ulangtahun PKR yang telah dijadualkan semalam, Ahad-9 Mei 2009 di Puteri Central Park Bandar Tasik Puteri telah dicemari dan diganggu pihak polis dan FRU yang mana telah "menarik balik" permit pada saat akhir yang walaupun telah dikeluarkan pada 5 Mei yang lepas. Tiada alasan kukuh yang telah diberikan selain menyatakan bahawa kelulusan permit tersebut telah dipinda tempat berlangsung acara sambutan dari PCP Bandar Tasik Puteri ke Stadium Selayang. Siapa yang memohon untu dipindahkan???
Penganjur program, Wan Jusoh Wan Kolok berkata, "Pihak polis seolah2 takut pada bayangan sendiri dengan menerima tekanan apabila kami telah mengesahkan kedatangan YAB Datuk Seri Anwar ke majlis tersebut. Mungkin kejadian DUN Perak menjadi igauan kepada mereka, mengusung speaker dun tanpa diundang. Pagi tadi sekitar jam 9.30 pagi, pihak polis telah mengarahkan penguatkuasa MPS merobohkan khemah yang telah dipasang sehari sebelum upacara sambutan bakal dilangsungkan. Kejadian ini amat dikesali kerana kami telah membayar deposit dan kos untuk memasang semua kanopi dan pentas, mengapa pulak pihak MPS menerima arahan polis untuk merobohkannya seolah polis amat berkuasa sekarang ini. Lagipun pemilihan tempat pada kali ini tidak mungkin boleh mengganggu penduduk mahupun kesesakan lalulintas kerana aspek tersebut telah diberi perhatian serius oleh pihak urusetia. Juga dikesali adalah pihak polis tidak mahu langsung mengemukakan surat pembatalan permit dan kelulusan permit pemindahan tempat kepada wakil penganjur dengan alasan permit tersebut ada di pejabat polis. Ini satu alasan yang tidak masuk akal, masakan polis yang dianggap profesional dalam menjalankan tugasnya datang mengganggu majlis seumpama itu dengan hanya arahan lisan. Sedangkan pihak penganjur telah membuat promosi tempat terlebih awal dan difahamkan penganjur telah membelanjakan hampir RM30,000 untuk program tersebut. Ini satu lagi provokasi dari pihak berkuasa tunggangan UMNO BN demi kepentingan mereka didalam usaha menutup sumber maklumat kepada rakyat tentang pelbagai penyelewengan yang telah mereka lakukan. Namun untuk tidak menghampakan orang-ramai, pihak penganjur telah memindahkan tempat ceramah dari Puteri Central Park ke Masjid Bandar Tasik Puteri termasuk jamuan rakyat. Program dimulai dengan solat maghrib berjemaah diselangi dengan tazkirah maghrib oleh Ustaz Saiful yang telah dilucutkan jawatan imam di Masjid Bukit Damansara tempohari.
Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba sewaktu solat Isyak berjemaah. Setelah itu diteruskan dengan solat hajat berjemaah. Selesai sahaja solat terus DSAI memberi ucapan ringkas kepada jemaah yang telah mula memenuhi kawasan masjid sejak waktu isyak lagi. Turut hadir sama adalah Naib Ketua PKR Pusat, Mustapha Kamil, Timbalan Ketua Bahagian Selayang, Dato' Mazlan serta AJK Bhg, JDM PKR Bandar Tasik Puteri, Ahli Parlimen Selayang En. William Leong, Penganjur, Pengasas PKR Pak Wan Jusoh sendiri, AJK Mesijid dan Kelab Penyokong PAS. Diantara pimpinan PKR yang turut hadir adalah Tn Hj Yahya Shaari, Tuan Arshad (Kuala Selangor), Kak Anne, Kak Nor (JDM BTP) Datin Amineh (Ketua Wanita Selayang), Pak Wan (Bapa kpd Datin Dr Wan Azizah), Shaiful Anuar (Ketua Penerangan Hulu Selangor), Sdr Azman (Bhg Selayang) dan pimpinan PAS lain termasuk Zulkefli Sulong (Ketua PAS BTP) dan AJK Pas BTP.
Sebelum itu, disebelah petang, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, YB Tuan Yaakob Sapari bersama Timbalan Ketua Bhg Selayang telah memberi sidang akhbar di pejabat JDM Bdr Tasik Puteri dengan dihadiri para penyokong PKR yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis itu.
posted by Media Rakyat@sas

No comments: