May 05, 2009

Kempen Bebaskan YB Manoharan

Saya baru pulang dari mesyuarat membincangkan kempen membebaskan YB Manoharan, ADUN Kota Alam Shah yang berada di dalam tahanan ISA.
Selain daripada beberapa orang pemimpin DAP seperti Teresa Kok, Ronnie Liu, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Lim Lip Eng, Teo Nie Ching dan Hannah Yeoh, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh turut hadir.
Pada Selasa 5 Mei akan diadakan satu sidang media bagi melancarkan kempen ini.
Kerajaan Persekutuan sepatutnya membebaskan YB Manoharan dari ISA bagi membolehkan beliau melaksanakan tugasnya sebagaimana dilantik oleh penduduk Kota Alam Shah.
Jika Barack Obama boleh tutup Guantanamo Bay, mengapa kita tidak boleh tutup Pusat Tahanan Perlindungan di Kamunting?
Jika mana-mana tahanan ini - sama ada Jemaah Islamiah, Darul Islam atau Hindraf melakukan apa-apa kesalahan, dakwa mereka di dalam mahkamah terbuka beserta bukti. Jika tidak bebaskan mereka serta-merta!
Sejauhmanakah Kerajaan BN berani di dalam usaha reviu akta ini?
@Nik Nazmi dan Asyraf Wajdi

No comments: