May 13, 2009

DS NIZAR KEMBALI KE PEJABAT PADA 18 MEI DEPAN ?

Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menteri Besar Perak yang sah itu sempat memasuki pejabatnya pada 12 Mei kelmarin dan keluar kembali dari pejabatnya setelah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada hari isnin lepas.Berikutan dengan itu keadaan politik di Perak nampaknya semakin kusut dan tiada jalan penyelesaian. Kebanyakan penganalisa politik memberi pandangannya termasuklah Suhakam dan Tengku Razaligh mencadangkan langkah terbaik dengan diadakan pilihanraya semula.

No comments: