April 01, 2009

MELAYU UMNO MUDAH TERLUPA?

Di dada2 akhbar bahagian sukan begitu gah dengan berita AZIZULHASNI mendapat pingat perak acara lumba basikal di kejohanan DUNIA. Sebelum kejayaan beliau RIZALTISIN telah mendapat gangsa di kejohanan yang sama. Terlalu hebat berita tersebut. Peringkat DUNIA! Mereka berdua bangsa apa wahai UMNO?

Sewaktu pilihanraya Parlimen Permatang Pauh yang lepas akhbar arus perdana begitu gah dengan berita LEE CHONG WEI mendapat pingat perak di dalam OLIMPIK. Sambutan diluar dugaan oleh UMNO dan BN hingga disambut sebagai hero Malaysia di Permatang Pauh dan diberi gelaran DATO`. LEE CHONG WEI bangsa apa wahai UMNO?

Nama SAZALI SAMAD memang tidak asing bagi kita selaku rakyat Malaysia terutama pada PDRM. Beliau telah berjaya menjadi MR Universe dalam acara bina badan bukan sekali! Diulangi MR UNIVERSE DALAM ACARA BINA BADAN. Sazali bangsa apa wahai UMNO?

Nama BUJANG TAHA juga pernah gah di acara bina badan ini tapi apakah yang dilakukan oleh beliau sekarang? Hanya menjadi penjual sayur di Pasar Sarawak. Begitulah nasib anak Melayu dibawah BN.

Sebenarnya dalam acara sukan ini Melayu seperti dipinggirkan. Kejohanan Dunia dapat pingatpun tidak ada guna langsung. Sekadar puas dengan berita gah di dada akhbar sahaja.

Nicol David berjaya sahaja di kejohanan dunia dapat Dato tapi apakah nasib SAZALI SAMAD? AZIZULHASNI? RIZAL TISIN? Jawablah wahai UMNO dan BE END (BN).

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Ulasan WM: Kalaulah UMNO adalah perjuang kepada rakyat sebenarnya, janganlah dibezakan anugerah sukan kepada bangsa tertentu sahaja, apalagi jauh dari meminggirkan bangsanya sendiri.

Katakan tak nak kepada BN.

No comments: