April 08, 2009

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.
Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.
Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan One Malaysian.
Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.
Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak.
Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.
Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.
Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.
Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.
Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.
Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.
Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.
Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran ini agar diadakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak. Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya .
Posted by MahfuzOmar

No comments: