March 08, 2009

PPSMI: Umno takut dedah kerugian puluhan juta ringgit

Ahad, 8 Mac 2009 •
KUALA LUMPUR, 8 Mac (SK): Timbalan Pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dr Shahrir Md Zin meluahkan kekesalan beliau terhadap kenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) semalam yang menyatakan tindakan GMP keterlaluan dan tidak mengikut saluran yang betul dengan mengadakan perhimpunan semalam (7 Mac).
“Setelah berpuluh-puluh memorandum, resolusi dan surat-surat yang di hantar kepada Kementerian Pelajaran selama enam tahun ini namun semuanya hampa,” kata Dr Shahrir ketika di tanya Suara Keadilan.
“Saya meminta GPMS minta kepada pihak Kementerian supaya membuka dan rujuk secara teliti setiap resolusi dan memorandum yang di hantar pihak GMP selama enam tahun kebelakangan. GPMS jangan beretorik dan mengampu kerana sebahagian besar dari mereka terlibat dalam mendapat projek-projek dasar PPSMI,”
“Lihatlah kepada kenyataan daripada kebangkitan rakyat semalam dan GPMS perlu berpijak dibumi nyata” Dr Shahrir berkata.
“Kementerian bertindak seperti Hitler yang sengaja secara berterusan mengulang kenyatan yang salah sehingga perkara itu di terima bulat-bulat oleh rakyat,” tambah beliau.
“Persoalan seperti itu telah banyak kali di jawab oleh NGO lain seperti Persatuan Kebangasaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) namun apa tindakan Kementerian,” tanya Dr Shahrir dengan nada kesal.
“Usul untuk mengadakan perdebatan diantara Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussain dan GMP juga pernah di tolak oleh kementerian,” katanya lagi
“Kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi juga amat mengecewakan apabila beliau hanya merasa risau terhada tekanan namun tidak mengarahkan Kementerian mengambil tindakan segera bagi menggani pergelutan ini,” beliau berkata.
“PM seharusnya mendedahkan NGO mana yang telah membuat perbincangan dan apa keputusan yang telah di capai dan tidak menyembunyikan fakta bahawa jika PPSMI di mangsuhkan, banyak ahli-ahli perniagaan kroni Umno akan kerugian puluhan juta ringgit,” tegas beliau.
“Diantara parti Barisan Nasional telah ada yang mahu memangsuhkan PPSMI, hanya Umno yang berdegil kerana ada sebab-sebab tertentu demi menjaga kepentingan ahli perniagaan kroni Umno,” Tambah Dr Shahrir.

No comments: