March 25, 2009

PKR TERUS BERSUARA.....

Oleh Abdul Rahim Sabri
PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.
“Kita akan teruskan walaupun tanpa permit,” kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.
“Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita.”
Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:
“Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.
“Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat.” - MKini
Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini “hanya permulaan” untuk kawalan yang ketat terhadap media.
Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.

No comments: