March 08, 2009

PIDATO DS ANWAR HARI INI !

KUALA LUMPUR, 6 Mac (SK): Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.
Pidato bertajuk ‘Ketuanan Rakyat’ pada Ahad ini akan menumpukan isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia.
Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.
Butiran program:

Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 3.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara

No comments: