March 30, 2009

P59 BKT GANTANG.. 1600 AHLI BN MENYERTAI PKR

TAIPING, 30 Mac (SK) : Seramai lebih 1, 600 orang ahli komponan Barisan Nasional, termasuk Umno, Gerakan, MCA dan MIC, di kawasan Bukit Gantang telah menyertai KeADILan sejak berlaku krisis perlembagaan dan rampasan kuasa Umno /BN terhadap kerajaan Perak yang sah dari Pakatan Rakyat pada Februari lalu.
Pengerusi Perhubungan KeADILan Osman Abd. Rahman berkata, mereka ini memasuki KeADILan kerana tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan tindakan Umno/BN yang merampas kerajaan Perak secara tidak bermarwah.
Dalam satu majlis penyerahan borang di bilik Gerakan Induk, Jalan Simpang, Taiping, semalam, Osman berkata, KeADILan juga sudah menerima lebih daripada 1,000 borang keahlian di kawasan Bukit Gantang dan berjanji akan mengundi dan memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat Mohammad Nizar.
“Semua mereka dengan rela hati menyertai KeADILan kerana sudah hilang kepercayaan kepada BN yang gagal membela rakyat golongan miskin,” katanya dalam sidang media di Pejabat KeADILan di sini semalam.
Sementara itu Osman berkata, KeADILan telah membuka empat bilik gerakan iaitu DUN Changkat Jering, bertempat di premis di hadapan Sekolah Kebangsaan Simpang, Dun Kuala Sepetang, iaitu jalan menghala ke Matang, Pekan Terong dan Bilik Gerakan Induk di Jalan Simpang.
Katanya, pilihanraya kecil P 59 Bukit Gantang adalah amat penting dan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Nizar dari Pas adalah memberi mesej kepada BN bahawa tindakan mereka merampas kerajaan Perak yang dikuasai Pakatan Rakyat adalah satu perbuatan tidak bermarwah.
“Rakyat mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya bagi menentukan kerajaan pilihan rakyat yang sebenarnya,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Pilihan Raya Negeri Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ismail Yusop, dan Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

No comments: