March 31, 2009

Kehadiran luar biasa di Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Air

Rakyat mahu kuburkan Umno
SEMANGAT dan mood rakyat untuk melakukan perubahan tidak pernah padam sejak Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menumbangkan BN kali ini.
Pengarah Pilihanraya KeADILan Kedah, Johari Abdul berkata kehadiran lebih 70,000 penyokong Pakatan Rakyat berbanding kurang dari 10,000 penyokong BN di tiga lokasi penamaan calon pada 29 Mac lalu membuktikan rakyat menolak kepimpinan baru Najib Razak.
“Saya lihat mereka dari segenap lapisan, tanpa mengira bangsa begitu berkobar-kobar ingin sama-sama menyumbang apa saja yang terdaya bagi menjatuhkan BN. Mesej tegas yang hendak disampaikan ialah mereka tidak dapat menerima kepimpinan Najib,” kata Johari.
Menambahkan pedih BN, menurut beliau, orang-orang Umno sendiri tidak dapat menerima presiden baru mereka selepas perpecahan besar-besaran akibat perhimpunan agung Umno dan inimenyebabkan ramai yang memprotes secara terbuka.
“Orang Umno sendiri mengakui Najib tidak mempunyai rekod bersih untuk menerajui kepimpinan negara dan ada diantara mereka sudah menyatakan akan menyokong Pakatan Rakyat dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil ini,” kata Johari lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian chua berkata isu penggantungan dua akhbar alternatif, Suara Keadilan dan Harakah menimbulkan kemarahan orang ramai dan menambahkan undi kepada Pakatan Rakyat.
“Rakyat, terutama golongan atas pagar kini dapat melihat dan menilai kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Najib/BN terhadap rakyat dan parti-parti politik,” kata Tian Chua. Sebab itu, kata beliau mereka begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada Pakatan. “Ini adalah undi simpati yang merupakan ciri umum dalam politik terutamanya ketika tiba hari mengundi,”kata Tian lagi.
Sementara itu, sokongan yang begitu luar biasa di Bukit Gantang adalah manifestasi amaran rakyat kepada BN yang merampas kerajaan Perak secara haram, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub
“Ini adalah suatu amaran jelas dari rakyat pelbagai kaum kepada Najib/BN bahawa kebangkitan rakyat untuk menolak Umno/BN secara total semakin hampir,” kata Salahuddin.
“Isu perlembagaan di Perak telah menyedarkan banyak rakyat berhubung isu-isu perlembagaan yang selama ini disembunyi oleh Umno/BN dari pengetahuan rakyat. Rakyat akan menghukum Umno/BN dan Najib dalam pilihanraya kali ini,” tegas Salahauddin.
Diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Proffesor P. Ramasamy berkata dia dapat merasa denyut nadi rakyat yang mahukan perubahan secara total pimpinan negara,bukan sekadar di beberapa negeri.
Menurut beliau, amalan rasuah, politik wang, sogokan dan penculikan adalah antara barah yang telah lama menjadikan BN ditolak rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Sekarang masanya sudah terlewat untuk pemimpin BN untuk memberi keyakinan kepada rakyat kerana imej mereka sudah tidak dapat lagi dihakis dari minda rakyat.
“Dalam ketiga-tiga pilihanraya ini, rakyat akan memberi tahu BN, melalui peti undi bahawa parti itu sudah tiba di penghujung,” kata Ramasamy.

No comments: