February 24, 2009

Tan Sri Khalid, Tian Chua dan Syed Shahir di Kelana Jaya Bantah PPSMI-24 Feb Selasa 8.45mlm


Ceramah Perdana Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan di Kompleks Sukan PKNS, SS7 Kelana Jaya esok, 24 Februari 2009, 8.45 malam. YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor akan berucap bersama-sama Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Kelana Jaya Syed Shahir Syed Mohamud; Ahli Parlimen Batu dan Ketua Penerangan Keadilan YB Tian Chua; Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia Nik Nazmi Nik Ahmad; dan Pensyarah UM dan AJK Gerakan Mansuhkan PPSMI.

No comments: