February 24, 2009

Pilihan raya kecil di Batang Ai, Sarawak


Monday, February 23, 2009

KUCHING, 24 Feb: Pilihan raya kecil Dun Batang Ai akan berlaku di Sarawak ekoran kematian Adunnya, Datuk Dublin Unting Ingkot yang meninggal dunia jam 1 pagi tadi ketika berumur 53 tahun.Beliau adalah Penolong Menteri untuk Sukan dan Pertanian Sarawak.Batang Ai terletak di Lubuk Antu, dekat dengan Sri Aman. Bandar terdekat adalah Sibu. Antara hotel terkenal di sini adalah Hilton Batang Ai Long House.Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.Pilihan raya kecil ini dijangka menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.
Posted by Siasah

No comments: