February 18, 2009

MB Selangor fail saman terhadap Khir Toyo


18/02/2009 1:25pm
SHAH ALAM 18 Feb. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan dua saman terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Saman tersebut difailkan oleh peguam plaintif, S.N. Nair pada pukul 12.15 tengah hari.
Kedua-dua saman tersebut dibuat berhubung perkataan yang didakwa memfitnah Abdul Khalid seperti yang disiarkan dalam laporan akhbar mengenai pembelian 46 ekorlembu korban dan 15 kereta Toyota Camry.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif tidak menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diminta dan sebaliknya memohon mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Selain itu, plaintif memohon injunksi untuk menegah Mohd. Khir yang juga merupakan defendan daripada melafaz, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel yang memfitnahnya. - Utusan

No comments: