February 27, 2009

Libatkan Ahli-Ahli Parlimen dlm pentadbiran negeri Selangor ... idea bernas

Iskandar Samad menulis....
Saya bersetuju dengan hasrat Dato' Menteri Besar Selangor agar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor terlibat di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita mempunyai ramai ahli-ahli Parlimen yang berkaliber dan tidak wajar jika mereka tidak dimanfaatkan untuk membangunkan negeri.Tambahan pula kita mahu Exco, ADUN dan ahli Parlimen bergerak seiringan. Exco dan ADUN selesa menyesuaikan diri sebagai kerajaan. Oleh itu, kita tentu tidak mahu ahli-ahli Parlimen masih mempunyai mentaliti pembangkang walaupun tugas mereka di Dewan Rakyat masih sebagai pembangkang. Di Selangor, di luar dewan mereka adalah kerajaan.Penglibatan mereka di dalam mentadbir negeri juga akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada mereka perkembangan-perkembangan terkini. Pengalaman ini lebih bermakna dari taklimat-taklimat. Kita tidak mahu ahli Parlimen tidak puas hati kerana mereka tidak memahami polisi kerajaan negeri. Dengan itu, dapatlah mereka membawa agenda negeri dan tuntutan negeri ke Parlimen.Memahami realiti mentadbir negeri dan kekangan-kekangannya juga penting. Pernah seorang ahli Parlimen menelefon saya kerana mahu kerajaan negeri membeli rumah seorang penduduk di kawasannya yang akan dilelong oleh bank. Tidak semudah itu untuk mengeluarkan duit kerajaan negeri!Saya telah melantik Khalid Samad untuk menyelesaikan kes-kes tertentu di dalam portfolio saya. Tony Pua, Charles Santiago dan Dr.Zulkifli Ahmad membantu Menteri Besar di dalam rundingan dengan Syabas. Dr. Rosli Che Mat juga terlibat dengan portfolio Dr. Halimah Abdullah.Sumbangan mereka amat berharga. Mereka juga akan dirasakan sebahagian dari kerajaan negeri. Diharapkan tidak ada ahli Parlimen akan merasa terpinggir dan tersisih kerana jika ini berlaku, ia akan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Tenaga dan kepakaran mereka perlu disalurkan untuk yang bermanfaat. Cukuplah sekali dengan kontroversi Klang Sentral dan YB "Mike".

No comments: