February 17, 2009

Kes ini tak jejas Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz


UMNO kini mengintai setiap ruang bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Setelah menyedari gagal mendapat sokongan rakyat mereka menggunakan kaedah lain, biar pun di luar normal kemanusiaan. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor di mana pihak tertentu menyebar foto-foto separuh bogel anggota Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang sedang tidur. Tanpa memberi peluang kepada Adun terbabit menjelaskan perkara sebenar bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo terus mendesak Elizabeth meletak jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan.

Mengulas perkembangan itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata, apa yang berlaku tidak seharusnya dipersalahkan kepada anggota Exco berkenaan, mungkin beliau dijadikan mangsa penyebaran gambar peribadinya. "Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku," ujarnya ketika ditemui.

Media maya hari ini melaporkan penyebaran gambar Elizabeth Wong ketika sedang tidur dalam keadaan separuh bogel. Exco terbabit dalam kenyataannya menjelaskan beliau telah dimaklumkan pada Jumaat lalu oleh wartawan yang memiliki fotonya. Katanya, penyebaran dan penerbitan foto tersebut merupakan satu serangan berniat jahat terhadap keperibadiannya dan ia merupakan pencabulan maruah. Beliau juga telah membuat laporan polis semalam.

Oleh itu, Menteri Besar Kelantan menyerahkan kepada kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kes anggota Exco berkenaan dan bukannya pihak lain. Bagaimanapun tambahnya apa yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya masalah peribadi. "Ia masalah peribadi saja, di mana-mana pun boleh berlaku, yang tak keluar akhbar pun banyak, tu dah nasib dia (keluar akhbar)," katanya.

Menurutnya juga di Kelantan gambar-gambar wanita yang menjadi iklan produk tertentu dipastikan menutup aurat.- sumber harakahdaily.net

No comments: