December 14, 2008

TABUNG UTK PENIAGA/PENJAJA KECIL PULAU PINANG...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Tabung Modal Pusingan dan Penjaja Kecil pada tahun depan dengan dana permulaan RM500 ribu, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairus Khairudin.

Tujuan utama tabung ini adalah untuk membantu peniaga dan penjaja kecil mendapatkan kemudahan kewangan atau mempertingkatkan perniagaan yang diceburi dengan pinjaman tidak melebihi RM10 ribu.

"Kerajaan Negeri yakin dengan pelancaran Tabung Modal Pusingan dan Penjaja Kecil Pulau Pinang akan memberi peluang rakyat yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk bertambah maju," ujarnya ketika merasmikan Seminar Bimbangan Usahawan Rakyat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Budaya Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi.
Menurutnya, tabung tersebut akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan bantuan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memperhalusi modus operandinya.

No comments: