December 14, 2008

JANGAN BUTA SEJARAH .. SIAPA YANG PUNYA ANGKARA, HARUS DISIASAT DAN DIHUKUM...

Terlalu banyak sejarah yang dipendam dan disimpan. Sejarah tentang Hang Tuah dan 5 sahabat, sejarah Kesultanan Melayu Melaka, sejarah tentang pejuangan bangsa, sejarah asal-usul Melayu dan lain-lainnya. Seperti yang penulis katakan sebelum ini, Sejarah tidak menipu, yang menipu adalah mereka yag menukar sejarah dan mendiamkan sejarah. Tetapi adakah ianya sejarah atau sebuah cerpen untuk sekadar mengajar rakyat untuk menukar pemimpin dikala kita sibuk membuat kerja dan di alam pembelanjaran sebagai pemimpin baru.

Bangsa tidak akan maju tanpa sejarah. Cina bangun dengan gagah kerana mereka tahu sejarah ketamadunan bangsa mereka. Mereka ada yang perlu dibanggakan. Sejarah Maharaja Xia sehingga berikutnya, Sejarah pembenaan TEMBOK BESAR. Sejarah perubatan, sejarah peperangan dan lain-lainnya. Sejarah mengajar dan menjadi panduan mereka. Ini satu kenyataan, dimanawalaupun mereka jelas dibawa kuasa komunis dan pernah kalah dalam peperangan, kini mereka bangun menggegarkan dunia dengan segala strategi yang disusun.

Kalah atau menang dalam sejarah, tidak penting, tetapi yang penting mereka mempunyai sejarah. Begitu juga dengan bangsa JEPUN. Bukan sahaja Kalah, mereka juga dibom dan generasi mereka hancur, bangsanya lebur. Berbeza dengan bangsa kita, kekadang malu untuk menjawab pertanyaan tentang masyarakt kita, kerana kita sendiri tidak tahu sejarah..

Masyarakat kita berselisih pendapat dalam pelbagai perkara. Kerana itu bangsa tidak boleh maju. Masa mereka banyak dihabiskan dengan pedebatan yang tiada bukti dan fakta yang sah. Masing-masing ada pendirian, menuruti apa yang mereka baca dan menurut hukum akal mereka. Sedangkan alasan yang diketengahkan tergantung dan tidak berkesudahan. Yang menjadi mangsa adalah orang yang difitnah dan malukan.

Memadai dengan pertanyaan tentang Hang Tuah. Maka jawapan bercambah-cambah. Tiada sehaluan dan bila ditanya mana buktinya. Kita semua ternganga, mata berkerdipan. Bingung dan tongong. Begitu juga dengan kerajaan, mereka mengaku untuk memperjuangkan bangsa. Tetapi bukti tiada. Setelah hampir 51 tahun merdeka. Melayu hanya indah pada rupa dan maju pada khabar. Realitinya tanah terjual, perniagaan terbengkalai, ekonomi dan maruah tergadai. Semua senyum puas hati, kononnya pejuang sejati. Jangan ditambah lagi fitnah kepada pejuang kita..

Mana satu pemimpin yang bersih dan tidak rasuah, menuntut keadilan... ? Sekali lagi kita berbalah dan bercakaran sehingga kini. Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, tiba-tiba semua bersetuju pemimpin itu dan ini di rejamkan dan dikebumikan tanpa sebab.

Masa akan menentukan. Fakta tidak akan lari, sejarah cuma sejarah tetapi jika orang yang sama menimbulkan perbalahan, maka inilah sejarah.. Kita mesti membuat satu sejarah yang baru, bahawa kita berani menghukum dalang dalam sejarah untuk anak cucu kita akan datang.

Untuk menghukum memang senang jika tanpa bukti. Rujuklah kepada sejarah dan siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin tidak penting. Organisasi hendakalah dipelihara, kita akan menjadi organisasi yang penting untk harapan rakyat malaysia semua.

No comments: