November 06, 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA SELANGOR. 9 NOV AHAD 11 PG - 4 PTG

SHAH ALAM, 6 NOVEMBER (SK) - Kerajaan Negeri Selangor buat julung-julung kalinya akan mengadakan satu majlis sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Selangor secara besar-besaran.
Sambutan akan diadakan bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 9 November 2008, bermula dari jam 11.00 pagi higga 4.00 petang.
“Justeru itu, pihak kerajaan berharap agar progam ini akan mendapat sambutan terbaik daripada orang ramai serta rakyat Selangor khususnya,” kata Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Program akan dirasmi oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli Parlimen Selangor.
Majlis tersebut akan dihiasi dengan pelbagai aturcara antaranya; persembahan kebudayaan dari artis dan DJ radio terkenal, aktiviti permainan kanak-kanak, aktiviti melukis pada tangan (inai) dan lain-lain lagi.

No comments: