November 17, 2008

Kerajaan Selangor anjur program bertemu rakyat

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu peringkat negeri setiap tahun untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan maklumat, kaunseling dan sebagainya.

Program tersebut akan dimulakan pada 18 November (Selasa) bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang di ruang legar Kompleks PKNS, Shah Alam.
Pendekatan itu merupakan salah satu usaha pihak kerajaan melalui penglibatan jabatan dan agensi kerajaan turun padang bagi menyebarkan maklumat terkini serta membantu orang ramai menyelesaikan masalah.

Terdapat 28 buah jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Pilihan Raya Selangor, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
Mereka yang memerlukan maklumat berhubung Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor� seperti skim mesra usia emas, hadiah anak masuk universiti, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Ibu Tunggal boleh mendaftar serta mendapatkan khidmat di kaunter jabatan atau agensi terlibat.
Selain itu soalan kuiz serta pameran disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi bagi menceriakan pengunjung yang hadir dalam program tersebut.

Berikut info ringkas Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)�-�Semakan data maklumat peminjam / permohonan pinjaman pelajaran -�Hadiah anak masuk universiti
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Unit Perancang Ekonomi Negeri � UPEN)�-�Pendaftaran ibu tunggal -�Semakan status pelaburan ASB/ASW -�Promosi produk IKS -�Promosi produk pelancongan -�Promosi perladangan, pertanian & perikanan. -�
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)�-�Pendaftaran TAWAS -�Promosi TAWAS -�Khidmat pelanggan
Rantaian Mesra Sdn Bhd -�Promosi Skim Mesra Usia Emas
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor -�Khidmat pelanggan / bantuan -�Pendaftaran OKU -�Pendaftaran pusat penjagaan -�Semakan bayran bantuan
Pejabat Pilihan raya Selangor�-�Pendaftaran baru -�Pendaftaran tukar alamat -�Semakan daftar pemilih -�Aduan -�Kuiz
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor�-�Khidmat nasihat -�Penerangan -�Pameran -�Tayangan video dan kuiz
Jabatan Pengangkutan Jalan�-�Pameran -�Kuiz
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)�-�Pameran -�Promosi Program Qua-Qua -�Tayangan video -�Kuiz
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta �-�Pertanyaan -�Risalah dan pameran -�Kuiz
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor�-�Jualan Borang SPP01
Jabatan Imigresen Malaysia�-�Pameran -�Aduan
Jabatan Alam Sekitar Selangor�-�Pameran
Jabatan Pertanian Negeri Selangor -�Aduan -�Edaran kit Bumi Hijau
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor -�Khidmat nasihat -�Pameran -�Pamplet
Pejabat Tanah dan Galian Selangor -�Khidmat pelanggan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor -�Info Hutan lipur dan Taman Negeri Selangor -�Kuiz
Perbendaharaan Negeri Selangor -�Pengenalan dan pameran
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)�-�Tayangan video -�Pameran
Badan Pencegah Rasuah (BPR) -�Aduan -�Risalah & tayangan video -�Kuiz / silang kata
Pusat Pelaburan Selangor (SSIC) Bhd -�Penerangan -�Perbincangan
Lembaga Muzium Selangor -�Pameran -�Aduan / maklum balas -�Kuiz
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor�-�Rancangan pembangunan -�Program pembangunan mampan -�Rancangan fizikal Negara -�E- Rancang
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor�-�Kempen keahlian
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)�-�Informasi dan aktiviti PKPS
Biro Bantuan Guaman Selangor�-�Promosi Biro Bantuan Guaman -�Nasihat guaman
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) -�Khidmat pelanggan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Korporat/ Urusetia)�-�Aduan -�Urusetia Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu_

No comments: