November 29, 2008

AKHIRNYA KONGRES BERSIDANG..LAUNGAN REFORMASI BERGEMA KEMBALI...






Dari persidangan yang diadakan di sebuah To'Kong di Ipoh dan Dewan Sekolah di Seremban, akhirnya Parti Keadilan Rakyat berjaya mengharungi segala "the impossible" mengadakan satu persidangan yang serba lengkap, dari karnival rakyat, khemah-khemah anak syarikat negeri sehinggalah ke gerai-gerai Tshirt, beg, makanan dan minuman, di sebuah harta milik kerajaan negeri, Stadium Tertutup Malawati..

Pertunjukan pentas bersama dengan jualan gerai menjadikan satu tarikan kepada perhimpunan besar ini yang menghampiri satu angka 10,000 orang. Mengapa tidak kita bersama-sama mengelakan perpecahan, PHD..Perangai Hasad Dengki orang kita untuk menedengar ucapan dan perbahasan kongres kali ini, dan bersama menghayati apa yang akan di katakan oleh pucuk pimpinan.. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Bahagian cuma hampir setahun dan tidak mungkin dapat melihat sebarang perubahan ketara, dari segi duit ringgit memang jauh sekali, walaupun kerajaan negeri kerajaan yang di perintah PKR (sekurang2 MB adalah dari PKR). Menteri Besar kita sendiri mengalami nasib yang sama sehinggakan bahagian sendiri pun tidak menyetujuinya.. apadaya.. kerja hendak di buat dan tanggungjawab bukannya ringan, ramai disana yang hanya pandai bercakap dan mengkritik tetapi tidak pandai menguruskan program.. lihat betapa pihak sekutu dalam pakatan rakyat kita berjaya membuka cawangan sehingga 9 cawangan di kawasan Serendah dan Batang Kali, apa kita harus melihat dan menyalahkan orang lain..

Akhirnya, tersimpul lah semua kenyataan dan keupayaan untuk membina satu keutuhan dalam satu kapal di panggil struktur politik yang kental.. banyak hasutan dan kempen untuk menaikkan diri sendiri yang kejarkan pangkat dan tempat.. tetapi tanyalah diri sendiri, betapa pangkat dan tempat itu berupaya menerima dan memenuhi syarat menerima kita..

Tanyalah apa yang kita dapat sumbangkan kepada parti dan bukan bertanya apa yang parti dapat sumbangkan kepada kita..

Buatlah banyak rumah di tepi ombak, tetapi sekadar untuk menunjukkan kita berupaya, hakikatnya cuma rumah tidak beratap dan bertiang hampir lebuh di langgar ombak.. tetapi kita menabik dada yang kita telah berjaya membina banyak rumah di tepi pantai....
>SU Bhg



No comments: