October 20, 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!!

Semalam telah selesai Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian bagi tahun ini, dan tahniah kepada semua ahli-ahli PKR yang berjaya melayakkan diri untuk hadir ke mesyuarat agong yang diadakan pada setiap tahun. Jamuan Eid-Fitri juga selamat dilaksanakan sebagai simbol perpaduan dan siraturrahim didalam parti. Seronok melihat berbilang bangsa datang mengunjungi jamuan yang tak seberapa. Patutlah umno tak dapat sokongan penuh rakyat, disebabkan asyik cerita ummm..nnoo saja.Walau macamana pun, popia dan mee udang kalumpang semalam memang sedap!

Perjalanan menyediakan mesyuarat dan bersangkutan memang lah mempunyai masalah tetapi kali ini kita dapat bermesyuarat di satu tempat yang agak dingin dan selesa. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kita selalunya bermesyuarat agong di pejabat Cikgu Nasha, Akademik Minda yang kini telah "bertukar" menjadi Pusat Khidmat Rakyat dan Pejabat bahagian. Keadaan nya 200 kali bertambah baik di MATB 2008 ini. Saya telah pun mempunyai kunci untuk membuka pintu pejabat dan akan mempunyai seorang kerani (masa yang memang sesuai setelah sekian lama). Masalah apabila kita telah menang (mungkin menang sikit) dan dapat memerintah negeri Selangor, harapan rakyat di kawasan Hulu Selangor menjadi lebih tinggi, lebih2 lagi ahli-ahli reformasi dan parti yang mahukan perubahan ketara demi untuk parti dan ahli-ahlinya. Menjadi satu "challenge" untuk memenuhi hasrat dan harapan semua orang lebih2 lagi ahli2 parti kita. Cuma berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikulnya di dalam pimpinan parti. Jadi, bersamalah mengurus parti dan berjuang dengan mengadakan banyak program.

Ini adalah MATB yang ketiga bagi saya, menguruskan dan menyediakan tempat dan undangan ke mesyuarat. Yang lain-lain termasuk makan/minum dan penyata/laporan tahunan. Terimakasih kepada sekretariat yang membantu terutamanya kepada Zahar, Izab, Azian (Batang Kali), Sharul dan Rawi (Gersik), Yushak dan Abd Aziz (Sg Tenggi), Shah, Fadhilah, Abd Razak, Anuar, Malek, Azman dari Bukit Sentosa dan Pn Jaiyah dan Azman (Kalumpang) dan Yew dari Rela. Kepada semua yang terlibat secara tidak langsung juga (belakang tabir), ucapan terimakasih daun keladi diucapkan.

Reformasi!

Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha Bahagian

8 comments:

Anonymous said...

Pilih PKR Bermakna Memilih Kehancuran kerana parti ini tidak mempertahankan hak orang melayu dengan wajarnya!!

jdm rasa said...

anonymous;
btl ke ape yg ko ckp tu,tkt nye aku dengar...makne nye klu tak ade umno kat dlm m'sia ni alamat dah lingkuplah org melayu ni yek.

Utk shaiful anuar(ini bkn yg angkat sumpah tu kn)elok ko kaji semule jwt ko tu,ko da memilih kehancuran tau,da mcm keluar agame tu,iss..iss..org melayu ni yg bolih nyelamatkn nye umno je.tkt nye aku...

Anonymous said...

majlis, tak ada orang, nasarudin pun datang lambat, kemah berterabur, majlis tungang langgang, harap cina kaki jolok je yang ramai orang tempatan????
buka mata dan buka telinga....

Anonymous said...

Ye ker, pukul braper arrr, ada ribut ker majlis tu bila khemah dah bertaburan, org tak ader, tapi tengok gerai2 makanan semua habis, macam tak cukup plakkk...

Anonymous said...

jdm rasa,

sokong anda, sejak bila umno dapat tolong org melayu, tanah di wilayah habis dijual, tinggal kat kg baru, blehhh harap kaaa....

pemuda umno bahagian pun tabur duit di mesyuarat pemuda umno bhg...

mana bpr ... tangkap ler si mahmud tuuu, muhammad taib pun dah gigit jari....

Anonymous said...

PENTINGKAN MASYARAKAT DAN BAGSA BERKERJA MENCARI KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT BUKA CARI KEASALAHAN ORANG LAIN..

WASALAM

Anonymous said...

Tahniah tuan kerana berjaya buat program 2 dlm satu, setengahnya bercakap berdebab2 tapi tak pernah anjur program...

Anonymous said...

Anta berjaya membuat mesyuarat tanpa da meja dan kerusi yang berterabur, msyuarat bhg MB pun kecoh, ana harap anta teruskan perjuangan .... salam berjaya