September 06, 2008

Komponen BN pakat ketuk UMNO.....


Umno kini menjadi bahan sumpah seranah rakyat sedang nazak kerana turut ‘dipukul dan diugut’ oleh ahli dan komponen BN yang lain. Bermula pada saat kecundangnya parti Gerakan, PPP, MCA dan MIC dalam pilihanraya umum lalu. Maka Umno dan segala kepimpinannya dihumban kekandang orang yang salah.

Kekalahan parti komponen BN yang lain tidak dinafikan berpunca dari sikap pemimpin Umno yang sering memainkan isu perkauman dan mengugut kaum cina dan India di negara. Malah orang Melayu juga semakin benci pada Umno kerana mereka tidak lagi mempertahankan orang Melayu. Umno sudah menjadi ‘peniaga pasar’ malam. Mereka jual tanah rizab Melayu tanpa gantian. Mereka kikis hak keistimewaan Melayu untuk mengambil hati parti komponen yang lain.

Padan muka org Umno yg tak sedar diri nie...Apa yg ditunggu lagi, jgn sampai lepas 16 Sept baru nak tergaduhh....

No comments: