September 06, 2008

GERAKAN SAH NAK KUAR BN....Gerakan kaji kedudukan dalam BN

KOTA BAHARU 5 Sept. - Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutama UMNO, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini.

Sambil menegaskan Gerakan bukan parti 'pak turut' dalam BN, Tsu Koon bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi 'tempoh munasabah' sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.

Siapa boleh tahan duduk bersekongkol dlm parti BN yg sempit pemikiran.... lihat apa yg terjadi....UMNO dulu dapat menipu org cina dan india....cuma jaga ketuanan melayu dlm perhimpunan agong saja....sekarang bila nak cakap luar perhimpunan dah tergagap mcm ahmad ismail..... terpaksa dibela oleh pemimpin yg sempit pemikiran...macam azhar ibrahim.... Apa nie...UMNO dah tak boleh pakai macam kereta buruk.....kita perlukan org macam ANWAR utk negara kita maju kedepan..... jangan buat macam rakyat Malaysia bodoh macam tunggul tak tahu ketuanan Melayu lagi.......ANWAR pembela warisan Melayu dan wajar di gelar PAHLAWAN MELAYU DIERA MALAYSIA BARU....

No comments: