September 24, 2008

BILA NAK RAYA ..... BILA NAK TENGOK ANAK BULAN

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Puasa tahun ini akan diadakan pada petang Isnin, 29 September bersamaan 29 Ramadan 1429 Hijrah di 29 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab

No comments: