September 02, 2008

Beramahmesra dgn penghuni lorong gelap......


Lajnah Kebajikan PAS Pusat dengan kerjasama Pemuda dan Muslimat Wilayah berjumpa dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni lorong gelap di sekitar Lorong Hj Taib semalam. Program tersebut juga disertai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo’lo’ Hj Ghazali.
Program bermula dengan taklimat program di surau Pejabat Agung PAS selepas solat Asar. Kemudian peserta di lepaskan mengikut kumpulan. Turut ada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah , Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Sdr Kamarul Arif Ambak dan Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat Hj Zainal.
Lajnah Kebajikan PAS Pusat memberikan cenderahati berupa kad dan bunga ros bewarna hijau. Selain itu sumbangan makanan turut diberikan.
Penghuni-penghuni kelihatan gembira dengan kehadiran ini. Mereka kelihatan mesra dan melayan kehadiran rombongan PAS dengan baik. Mereka juga membenarkan rombongan naik ke flat untuk berjumpa dengan ramai lagi rakan-rakan mereka.
Dr. Lo’lo’ yang juga merupakan pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat kelihatan berpuas hati dengan program hari ini. Beliau gembira kerana dapat bertemu dengan mereka yang menjadi jiran-jiran pejabat Agung PAS ini. Beliau berharap mereka akan tersentuh dan cuba kembali ke pangkal jalan.

SU: Program baik utk memberi ingatan... ditempat kita kat sini tak ada orang macam nie ker.. remaja bermasalah, kes dera, mesti ada jika dicari..... selamat berpuasa kpd semua JDM!!!

No comments: