September 02, 2008

Anwar sibuk atur pertemuan bincang 'lompat parti'

01 Sep 2008 2:16PM
BUTTERWORTH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dalam beberapa minggu mendatang beliau akan sibuk bertemu Anggota Parlimen (AP) daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk membincangkan soal mereka yang hendak melompat parti menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Semasa berucap dalam jamuan tengah hadi di Kampung Pelet, di Permatang Pauh, kelmarin, Datuk Seri Anwar berkata beliau akan menumpukan perhatian kepada pertemuan itu untuk membuktikan para pengkritk beliau tersilap mengenai perkara itu.
Semasa menemui penduduk di Taman Sama Gagah, beliau memberitahu pemberita bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan wang, kekerasan atau peras ugut untuk menarik AP Barisan Nasional (BN) melompat parti.
Menurutnya, Pakatan Rakyat tidak akan menggunakan cara yang tidak bermoral atau menyalahi undang-undang dalam menarik para AP.
Beliau mendakwa tidak seorang pun daripada mereka dijanjikan sebarang jawatan menteri.
'Kenapa saya harus buat janji apabila saya sendiri tidak pasti di mana saya nanti (jika Pakatan Rakyat memerintah),' kata Datuk Seri Anwar.
Beliau berkata begitu semasa diminta mengulas sama ada matlamat beliau hendak memujuk 30 AP Barisan Nasional melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini akan menjadi kenyataan.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat hanya dapat menjamin ia akan berlaku adil kepada semua AP dan memberi mereka perwakilan yang mencukupi dalam kerajaan baru kelak.
(Sunday Star)

No comments: