July 12, 2008

Sanggupkah MB menolong parti .....

SU : Selangor ni kaya, pendapatan banyak, selepas tolak apa yang Khir Toyo ambik, masih lagi mempunyai pendapatan 1.5 billion pada tahun 2007. Pendapatan MPPJ cukup untuk menyaingi negeri seperi N9.

Tan Sri adalah pengurus dana dan korporat, seorang tokoh yang pernah menjaga PNB dan Guthrie. Seorang pentadbir yang baik dan berkebolehan menjaga dan menambahkan dana kerajaan negeri. Harap Tan Sri sama memikirkan. ada lebih 500 GLC di Selangor, dan sememangnya patutlah sebahagian pemimpin parti bahagian dilantik ke syarikat-syarikat dipunyai kerajaan negeri. Dah ramai pemimpin yang tidak sabar untuk dilantik. Nampaknya kena bersabar, budak yang baru lahir takkan dapat terus berjalan, begitu juga dengan pasangan baru kahwin takkan dapat menimang anak dalam masa 3/4 bulan. Ketua2 GLC ni kekadang masih lagi mementingkan perot2 UMNO dan ini amat berbahaya jika tidak dipantau. Tan Sri sepatutnya menukar atau memberhentikan pegawai2 yang telah menyalurkan maklumat kerajaan negeri ke puak2 UMNO. Ini berbahaya! Amanah menjaga kebajikan dan harta rakyat memang amat berat bagi MB dan exco2nya tetapi perlu ditanggung diatas bahu.

Khir Toyo sibuk mempertikaikan manifesto pakatan rakyat. Tak tahu ke manifesto yang sepenuhnya akan dapat dipenuhi dengan jangkamasa 3/4 tahun, bukan semestinya didalam masa 3/4 bulan.... sudahlah, jadilah ketua pembangkang yang baik, bukan ketua penghalang kerajaan Pakatan Rakyat...

No comments: